Saturday 17 January 2015

Hari Terbuka PI1M Daerah Bau Disember 2014 (anjuran bersama PI1M Serasot, PI1M Sibuluh, dan PI1M Krokong)



Hari Terbuka PI1M Daerah Bau telah diadakan pada 13 Disember 2014 bertempat di PI1M Serasot dan Dewan Serbaguna Kpg. Serasot. Hari Terbuka tersebut merupakan hasil usahasama tiga buah PI1M iaitu PI1M Serasot, PI1M Sibuluh, dan PI1M Krokong.

Tiga aktiviti utama telah dijalankan, aktiviti-aktiviti tersebut adalah Kelas Sulaman Manik, Kelas Pengenalan Kepada E-Mel Dan Blog, dan Klik Dengan Bijak (KDB). Kelas Sulaman Manik dikendalikan oleh Pn. Commi Ak. Ringgis, seorang petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Kasih Kpg. Serasot. Kelas tersebut disertai oleh sebanyak 22 orang peserta yang terdiri daripada belia dan wanita dari ketiga-tiga PI1M yang terlibat. Tujuan utama Kelas Sulaman Manik diadakan adalah untuk menjana idea tentang produk tempatan yang boleh dihasilkan bagi tujuan keusahawanan.

Para peserta Kelas Sulaman Manik juga dibawa untuk mengikuti Kelas Pengenalan Kepada E-Mel Dan Blog bagi memberi kesedaran kepada mereka bahawa Internet boleh dijadikan medium untuk promosi dan pemasaran produk-produk keusahawanan.

Bersempena dengan suasana sambutan perayaan Krismas, pihak PI1M Serasot telah menjemput kumpulan koir dari Gereja Katolik St. Leo Kpg. Serasot untuk mempersembahkan lagu-lagu Krismas bagi menghiburkan para hadirin yang hadir ke Hari Terbuka PI1M Daerah Bau.


Gambar 1: Pn. Commi sedang memberi tunjuk ajar tentang cara-cara menyulam manik kepada beberapa orang peserta.



Gambar 2: Para peserta latihan asas keusahawanan bergambar bersama para petugas PI1M yang terlibat.

Gambar 3: Pn. Commi menerima saguhati daripada Cik Kollisa Ak. Johia, Pengurus PI1M Serasot, turut disaksikan oleh Pn. Francisca Ak. Nijit, Pengurus PI1M Krokong, dan Cik Elizabeth Linda Ak. Awo, Pembantu Pengurus PI1M Sibuluh.


Gambar 4: Kumpulan koir dari Gereja Katolik St. Leo Kpg. Serasot yang telah terdiri daripada 50 orang ahli sedang membuat persembahan lagu-lagu Krismas.

No comments:

Post a Comment